Pengasas Butik Cala Qisya ~
Nama : Farah Ilyana Khairuddin
Umur : 28 tahun
Status : Berkahwin (pasangan, Hazwan Faiz,dikurniakan seorang anak perempuan,Farah Hana)
Graduan : Universiti Teknologi Ma laysia (UTM), Skudai Johor (Sarjana Kimia)
Kelahiran Cala Qisya~
Bermodalkan hanya RM 100 menerusi blog ‘ Oh Saya Gila Shawl’ yang
dikongsi bersama adiknya ,Farah Mislina. Melalui pemasaran di
online, semakin ramai mengenali jenama Cala Qisya sehingga beliau dan adiknya
mampu membuka butik fizikal pertama di Shah Alam. Makna disebalik ‘Cala Qisya’ itu adalah ‘Cala’
yang membawa maksud istana, manakala ‘Qisya’ pula kebaikan dipilih untuk dijadikan jenama rasmi. Bagi
beliau kepuasan pelanggan menjadi keutamaan mereka sebab itu sebagai
penghargaan beliau memberikan gelaran ‘Calaqueen’ kepada pelanggannya dan
‘Calasoldier’ kepada para pekerjanya yang banyak membantu sehingga Cala Qisya
berada pada tahap ini. Kini Cala Qisya mengeluarkan produk kasut Cala Shoes di bawah
rangkaian Cala Man. CalaMan
diuruskan oleh suami Ilyana sendiri iaitu Hazwan Faiz bersama beberapa rakan
yang lain. Antara rangkaian kasut jenama CalaMan ialah Pinoccio, Orchid dan
Yasmeen.
![]() |
Pengasas Cala Qisya Farah Ilyana Khairuddin |
No comments:
Post a Comment